Remaja Dicekup Kerana Disyaki melakukan 'Projek' Dengan ‘Kakak’ - Seorang remaja lelaki ditahan kerana berduaan bersama seorang wanita yang mengakudirinya sebagai kakak kepada remaja itu. 'Saya kehabisan duit, sebab itu saya tidur didalam satu bilik' kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.
Akan tetapi, apabila disiasat penguatkuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.
mereka ditahan bersama 10 pasangan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.
Kesemua mereka yang lingkungan usia 13 hingga 50 tahun akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.
Selain daripada itu, penguatkuasa JAWI turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa , dan hotel bajet dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
Sumber – paapaada.blogspot
0 comments:
Post a Comment