"Sebulan yang lalu, dia telah menjatuhkan talak tiga terhadap saya dengan alasan tak mahu menanggung dosa jika terus memperisterikan saya yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO). Seorang wanita yang mendakwa dijadikan umpama ‘isteri pakai buang’ oleh seorang eksekutif dengan hanya bertopengkan gelaran suamiWanita berusia 32 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nana berkata, dia mengenali bekas suaminya di sebuah pusat hiburan di bandar raya ini pada 2006 sebelum berkahwin di Perlis pada 3 Oktober 2007.
Menurutnya, dia yakin dengan hasrat bekas suami yang ingin berpoligami kerana bukan saja dilihat selesa dari segi kewangan, malah lelaki terbabit pendidikan dari luar negara.
sebagai suami, sebaliknya mahu hanya keseronokan di ranjang selain menikmati hasil pendapatan saya sebagai GRO.“Dia mengizinkan saya kembali menjadi GRO kerana kononnya tidak mahu menghalang keinginan saya sedangkan dia menyedari saya terdesak melakukan kerja itu kerana tiada sumber pendapatan.
“Siapa tidak terkilan apabila suami menjatuhkan talak tiga sekali gus pada jam 8.45 pagi 7 November lalu secara spontan di telefon apabila hubungan kami diketahui isteri pertamanya.
“Dia memang menganiaya saya dengan janji-janji manisnya. Akibatnya saya tertekan dan diserang sakit jantung hingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 8 November,” katanya yang menambah perbuatan lelaki itu menghancurkan segala harapan dan impian dibina mereka.
Nana berkata, berikutan patah hati dengan perbuatan suaminya, dia kerap mengalami masalah kesihatan sehingga kehilangan berat badan hampir 10 kilogram dalam tempoh sebulan.
Lebih malang lagi, doktor yang merawatnya menyatakan dia boleh mengalami masalah kesihatan serius kerana kandungan darah dalam badan berkurangan secara mendadak.
“Saya nekad menguatkan semangat termasuk membuat laporan mengenai perbuatan suami di Pejabat Agama Johor Bahru.
“Saya juga ingin menuntut hak sebagai bekas isteri di mahkamah syariah kerana tidak mahu lelaki sepertinya memperdaya gadis lain untuk dijadikan mangsa dengan menggunakan lesen perkahwinan,” katanya.
Sumber – paapaada.blogspot
0 comments:
Post a Comment