Disebabkan oleh gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol (mabuk) semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti .
Anggota terbabit telah ditukarkan serta merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius terhadap kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.
PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan. 'Mereka sepatunya dihukum atas kesalahan disiplin seorg anggota yang diamanahkan oleh rakyat. Katanya, ' Ketua Polis Selangor
Orang ramai diminta segera menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti itu. Sebagai rakyat malaysia yang ditugaskan untuk menjaga keamanan negara, perkara sebegini perlu diatasi dengan segera demi kemakmuran negara. Katanya lagi. 'Ketua Polis Selangor'
Sumber - MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment