Wednesday, December 18, 2013

50 Al-Quran Ditemui Dibuang Di Arab Saudi

50 Al Quran Ditemui Dibuang Di Arab Saudi
 Lebih 50 naskhah kitab suci Al-Quran ditemui di dalam sistem pembetungan di bandar Taif yang disifatkan sebagai satu insiden menggemparkan di Arab Saudi.

Sinar Harian online dalam satu laporan hari ini memetik jurucakap Suruhanjaya Kebajikan dan Pencegahan Maksiat berkata kejadian dilaporkan oleh seorang pelajar tempatan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah Al-Salama yang terletak berdekatan.

Susulan insiden penemuan itu, pihak berkuasa bertindak segera menghubungi bomba untuk membuka saluran sistem kumbahan itu sebelum puluhan Al-Quran tersebut ditemui.

Media Arab Saudi melaorkan gambar penemuan Al-Quran yang telah dikoyakkan sebelum dibuang ke dalam sistem saliran najis itu turut menjadi perbualan dan perdebatan hangat di kebanyakan laman sosial serta ia disifatkan sebagai perbuatan biadap pihak tidak bertanggungjawab.

Manakala laporan Press TV menyebut insiden sama pernah dilaporkan berlaku pada awal tahun lalu dan ia telah mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah negara Islam. – MyNewsHub

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.