KUALA LUMPUR : Berita mengenai bekas suami kepada aktres sensasi Rita Rudaini iaitu pemain bola sepak kebangsaan berstatus selebriti, Aidil Zafuan yang bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi boleh dikatakan mengejutkan ramai juga pihak.
Namun pada diri Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, 35, ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut dia memohon untuk tidak memberikan sebarang ulasan mengenai perkahwinan bekas suaminya itu.
Dia yang juga baru sahaja habis edah pada November lalu cuma berkata bahawa dia tidak terkejut mengenai perkara itu, tetapi dia tidak perlu mengaitkan lagi namanya dengan bekas suaminya itu.
“Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu (kahwin) atau apa yang berkaitan. Biarlah orang dan masyarakat yang menilai apa yang berlaku. Kalau dahulu ketika masih suami isteri ada cerita dan gosip (bercinta) orang ingat saya yang jahat.
“Segala apa yang dinafikan itu kini dah jelas dan saya harap anda sebagai masyarakat dapat menilai sendiri segala yang berlaku ini,”jawab Rita ringkas mengenai perkahwinan bekas suaminya itu.
Aidil dijangka akan menamatkan zaman dudanya pada bulan Mac tahun hadapan. Bakal isterinya ialah tidak lain tidak bukan wanita yang digosipkan sebagai kekasihnya sebelum ini iaitu Zarema Zainal.
Pasangan ini disahkan bercerai pada 5 Spetember lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban setelah sekian lama tertangguha. Ini berikutan tindakan mahkamah mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat Aidil yang telah menghantar satu SMS kepada Rita pada 4 Ogos 2013 juga bersamaan 27 Ramadan mengikut kalendar Islam yang menyatakan dia menceraikan Rita dengan talak satu.
Pasangan ini bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia setahun. – Murai
0 comments:
Post a Comment