SEWAKTU cerita poligami pelakon Ashraf Muslim tersebar luas sedikit masa lalu, ramai pihak yang mengecam tindakannya itu.
Rata-rata ramai yang bersimpati dengan nasib isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, yang terpaksa bermadu biarpun baru dua tahun usia perkahwinan mereka.
Selepas beberapa bulan berlalu, Ashraf menyatakan bahawa kini hubungan kedua-dua isterinya sudah semakin baik dan boleh keluar makan serta melakukan solat jemaah bersama-sama, memetik laporan Berita Harian.
Bagaimanapun, apa yang kurang enak didengar, hubungan pelakon itu dengan bapa mertuanya iaitu bapa kepada Dayana, Lokman Abdul Hamid dikatakan masih dingin.
Perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, yang kini hamil lima bulan itu nyata benar-benar mengguris perasaan bapa mertuanya itu.
Akui Ashraf, biarpun masih dingin, Lokman kini sedang dalam proses menerima.
Iyalah, hati bapa mana yang tidak sedih menyaksikan kekecewaan yang terpaksa ditanggung anaknya suatu ketika dulu.
Apa pun, kami harapkan suatu hari nanti, hubungan Ashraf dan bapa mertuanya akan pulih seperti suatu hari nanti.
Pastinya ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku, betul tak? – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment