Wednesday, January 15, 2014

[PIERRE ANDRE ] Rezeki Untuk Menerima Cahaya Mata Tidak Kesampaian Apabila Isterinya Keguguran.


Kandungan Isterinya Gugur - Pelakon terkenal ,Pierre Andre terpaksa melupakan hajatnya untuk menerima cahaya mata yang pertama apabila kandungan isterinya terpaksa digugurkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan isterinya.

Kuasa Allah tidak ada siapa boleh halang,Mungkin ini bukan rezeki saya lagi untuk menjadi seorang bapa,nyawa Isteri saya lebih penting dan perlu menjaga kesihatannnya,ujar Pierre Andre.

Mengenai perkembangan filemnya yang bakal menemui penonton pada 16 Januari 2014, Muka Surat Cinta menampilkan muka-muka baru sebagai Mikael Andre, Atikah Suhaime, Nina Iskandar, Azwan Kombos, dan Afiera Riana sebagai teraju utama.

Jelasnya, pemilihan pelakon-pelakon tersebut semuanya di casting terlebih dahulu lebih-lebih lagi watak yang dipegang oleh, adiknya Mikael Andre.
“Pemilihan-pemilihan pelakon ini semuanya berdasarkan dari casting kesemuanya dan hanya yang benar-benar layak sahaja yang akan dipanggil untuk melakukan penggambaran filem ini. Ini juga termasuklah, adik saya Mikael Andre yang telah melalui proses ‘casting’ yang telah saya lakukan. Bukanlah kerana dia adik saya, saya senang-senang untuk memberikan watak utama dalam filem ini,” ujarnya mengakhiri perbualan. 


Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.