Wednesday, January 15, 2014

[NGERI]Sepasang Warga Emas Maut Diseret Komuter (KTM) Lebih 3 Kilometer.





Warga Emas Diseret Komuter r - KAJANG : Niat murni sepasang suami isteri warga emas untuk menziarahi saudara mereka yang terlantar sakit di Sungai Long di sini tidak kesampaian apabila mereka terbunuh akibat dirempuh dan diseret tren komuter di sini semalam.
Dalam kejadian jam 12.35pm itu,Md. Nor Lian, 69, dan isterinya, Noriah Mat Ani, 65,selepas diseret sejauh 3 kilometer berhampiran Stesen Komuter Kajang dekat Jalan Reko 

Menurut keluarga terdekat mangsa, pasangan suami isteri berkenaan kerap menziarahi ibunya yang sakit pada setiap minggu.
Ujar ipar mangsa lagi, Md. Nor dan Noriah yang tinggal bersama tiga anak lelaki mereka berhampiran stesen komuter di Kajang Utama kerap melintas landasan tersebut sebelum menaiki kenderaan awam di hentian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, kedua-dua mangsa yang tinggal kira-kira 200 meter dari tempat kejadian maut serta-merta akibat cedera parah.

“Mangsa adalah merupakan warga emas yang tidak bekerja dan disara oleh tiga orang anak lelaki. Mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.
“Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar komuter yang dalam perjalanan dari Seremban ke Rawang,” kata beliau.

Dalam pada itu, Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Siti Badariah Wan Hanafi berkata, pasangan tersebut melintas di kawasan yang tidak dibenarkan. Orang awam dinasihati supaya tidak menceroboh landasan dan mengambil risiko sendiri apabila melintas di kawasan larangan.

Sumber – Kosmo

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.