Wednesday, January 15, 2014

[PANAS] Timbalan Pengarah Cabul Pelajar!



Timabalan Pengarah Cabul Pelajar - SEREMBAN : Timbalan Pengarah Disebuah Jabatan telah mencabul seorang pelajar praktikal di pejabatnya yang terletak di wisma persekutuan , didakwa mencabul seorang pelajar praktikal di pejabatnya di Wisma Persekutuan.

kejadian ini   terbongkar selepas pelajar berusia 20-an itu mengadu kepada kakitangan jabatan berkenaan.Difahamkan, ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada dalam sebuah bilik di pejabat berkenaan.

“Ketika mangsa sedang membuat kerja, suspek secara tiba-tiba menghampiri mangsa lalu mengusap pipi mangsa sebelum tangannya merayap ke anggota badan lain.

Mangsa yang berasal dari Jelebu itu merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di Pahang, baru menjalani latihan praktikal di pejabat berkenaan, kira-kira sebulan lalu.

“Akibat tindakan timbalan pengarah tersebut, mangsa kini dilaporkan trauma namun dipercayai masih menjalani latihan praktikal di situ.
“Kakitangan pejabat yang mengetahui mangsa dicabul menasihatkannya agar membuat laporan polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksyen ini jika sabit kesalahan. – 

Sumber - Sinar Harian

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.