Tuesday, January 14, 2014

JEPP Raja Lawak Dilamar di Laman Sosial!




Jepp Dilamar Peminat - Jepp dari kumpulan Sepahtu,Raja Lawak menceritakan pengalaman dia pernah dilamar peminat untuk dijadikan suami.
Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, kebanyakan mereka melamarnya menerusi laman sosial Twitter dan aplikasi Wechat tetapi dia tidak membalas permintaan itu semata-mata mahu menjaga hati mereka.

Jepp turut meluahkan rasa kesal apabila membaca satu laporan akhbar menerusi ruangan pojok yang melaporkan dia mula bangga diri dengan kejayaannya dan sering melukakan hati ahli-ahli kumpulannya iaitu Shuib dan Rahim.
Kata Jepp, laporan itu benar-benar mengaibkan dirinya kerana dia bukanlah jenis lelaki yang suka melukakan hati rakan-rakan.

“Saya agak apabila keluar pula gosip yang mengatakan saya sudah mula bangga diri dan pada masa sama memperkecilkan hati ahli-ahli kumpulan saya.

“Tanyalah mereka, adakah saya seorang yang begitu seperti digambarkan dalam oleh ruangan pojok berkenaan? “Kalau saya bagi penjelasan, ia dilihat seperti saya sengaja ingin kaburkan mata orang ramai dengan mempertahankan diri saya. Apa-apa pun ia satu fitnah terhadap saya kerana saya bukan jenis lelaki sebegitu. Ya, memang saya suka bergurau kasar, tetapi hanya dengan teman-teman rapat sahaja,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Jepp bersama Sepahtu sedang giat membuat persiapan menerusi program Maharaja Lawak Mega 2014 bagi episod minggu ke sepuluh Jumaat ini yang akan bersiaran lansung di tv Astro arena jam 10 malam.

Sumber – mStar



Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.