De Maria Disiasat Pegang Kemaluan, - MADRID : Real Madrid melakukan siasatan dalaman selepas pemain sayap dari Argentina, Angel Di Maria dilihat memegang kemaluannya ketika dia digantikan sewaktu pasukan itu menewaskan Celta Vigo 3-0 pada aksi Liga Sepanyol, awal pagi kelmarin.
Di Maria yang digantikan dengan Gareth Bale pada pertengahan separuh masa kedua aksi di Stadium Bernabeu itu dan menerima siulan kuat daripada penyokong Real sewaktu dia berlari keluar menuju tepi padang berkata, ia hanyalah tindakan semula jadi dan memohon maaf jika ada sesiapa yang berasa tersinggung.
Insiden berkenaan menjadi perdebatan secara meluas di kalangan media Sepanyol dan Argentina sehingga mendorong spekulasi bahawa Di Maria, yang kurang mendapat peluang penampilan sejak kehadiran Bale mungkin dijual pada perpindahan Januari atau hujung musim nanti.
Dia juga bersetuju dengan keputusan kelab itu yang melancarkan siasatan dalaman kerana ia pasti dapat membantu menyelesaikan segala pertikaian. Dia tidak sengaja memegang kemaluannya kerana ianya secara spontan.
“Saya rasa ia tindakan baik, bukan saja kepada mereka yang membuka siasatan tetapi juga buat saya. saya boleh terangkan situasai berkenaan dan apa maksud ‘isyarat’ itu, Ianya tidak ada kaitan dengan isyarat lucah kepada sesiapa pun.” tambah Di Maria.
Sumber – Agensi
0 comments:
Post a Comment