Monday, January 13, 2014

RAKAM WANITA MANDI?? Sorang lelaki ditahan polis Kerana Merakam!!


Seorang lelaki ditahan polis kerana merakam wanita manji - KUALA LUMPUR :Pihak Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki merakam video seorang wanita sedang mandi di rumahnya di Kondominium Bayu Tasik, Cheras di sini Sabtu lepas.

Polis berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 31 tahun itu disyaki melakukan perbuatan itu menggunakan telefon bimbitnya melalui tingkap bilik mandi rumah wanita berkenaan. Rumah mangsa yang terletak di aras bawah memudahkan suspek merakam wanita tersebut

Mangsa yang berusia lingkungan 20 tahun itu kemudian menghubungi suaminya sebelum mengenal pasti identiti suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu.
Suspek ditahan jam 12malam apabila polis menyerbu rumah lelaki tersebut yang berada di aras 2 bangunan sama.

Telefon bimbit lelaki terbabit dirampas polis tersebut dan  mendapati terdapat rakaman video wanita berkenaan di dalam telefon itu, katanya.

Suspek yang sudah berumah tangga itu ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan.

Sumber– BERNAMA

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.