Sunday, January 5, 2014

Wan Zack Haikal Sudah Putus Hubungan Cinta Dengan Zzati?




Kisah Hubungan pemain bola sepak terkenal negara Wan Zack Haikal dengan Zzati akhirnya putus pada Oktober lalu dipercayai selepas keluarga Wan Zack melemparkan pelbagai tuduhan yang menjatuhkan maruah wanita itu dan keluarganya. Ini kerana Zzati  dituduh pecah amanah. 

Biarpun memegang akaun bank dan juga jadual harian Wan Zack, Zzati menafikan dirinya yang pecah amanah.

Malah dia mengakui keputusan memutuskan hubungan adalah kehendaknya dan bukan atas dipengaruhi mana-mana pihak.
Selain tuduhan itu, Zzati juga dituduh kononnya menggunakan khidmat bomoh untuk menundukkan Wan Zack.

“Saya tidak akan kembali dengan dia lagi. Sampai hati mereka tuduh saya pisau cukur. Saya masih waras. Tahu hukum agama. Buat apa nak guna bomoh untuk menundukkan Wan Zack. Saya tak buat kerja gila macam itu. Zzati menafikan tuduhan palsu itu.

“Saya buat macam ini bkn sebab nak memalukan Wan Zack. Saya bukan jenis gila publisiti. Tapi ini melibatkan maruah keluarga.
Saya pun hanya mula bercerita mengenai hubungan kami selepas Wan Zack memberitahu mahu bertunang awal tahun lepas.

“Itu bermakna dia mahu jalinkan hubungan yang serius dengan saya. Cuma saya tak mahu (bertunang) rupa-rupanya ada hikmah tersendiri,” kata Zzati memetik entri Beautifulnara hari ini.
Biarpun perpisahan itu satu kisah sedih bagi Zati, namun ia adalah berita gembira agaknya buat para gadis yang meminati pemain Malaysia yang kacak ini.
Insya Allah nanti mereka bakal bertemu pasangan lebih sesuai masa hadapan. –

Sumber:  MyNewsHub

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.