Monday, January 6, 2014

Pensyarah IPTA Bunuh Isteri sendiri?






Pensyarah IPTA Bunuh Isteri Sebelum dia membunuh diri sendiri - KLANG : Seorang wanita  ditemui dibunuh disebuah bilik hotel tiga bintang di sini dengan kesan kelar di leher dan beberapa tikaman di anggota badan pg ini.

Ketua Polis Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong ketika dihubungi berkata mayat mangsa yang berumur 49 tahun itu ditemui oleh pekerja hotel berkenaan dengan keadaan berlumuran darah kira-kira pukul 5 pagi.
“Polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan, kami turut menemui seorang lelaki dipercayai suspek kes ini berumur 58 tahun membunuh dirinya sendiri di atas katil bilik tidur hotel tersebut dalam keadaan kesakitan akibat cedera di leher.

Wanita itu dikenali sebagai Norazlina Mohamed Saaid.
Katanya, pemeriksaan di bilik itu turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati kedua-dua mangsa itu merupakan pasangan suami isteri.
“Hasil siasatan menunjukkan berlaku pergaduhan diantara mereka sebelum si suami dipercayai bertindak menikam badan dan leher isterinya dengan sebilah pisau sebelum dia bertindak mengelar lehernya sendiri dengan tujuan untuk membunuh diri,” katanya.
Polis kini menjalankan sisatan punca sebenar kes tersebut.

Sumber : MyNewsHub

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.