Monday, January 13, 2014

Pendapatan NAJWA LATIF Cecah RM 1 JUTA?? Biar Betul???


Pendapatan Najwa Latif RM 1 Juta? - KUALA LUMPUR : Penyanyi terkenal Najwa Latif menafikan laporan sebuah akhbar pada Ahad yang menganggarkan pendapatannya mencecah RM1 juta setahun.
Najwa yang baru sahaja berusia 18 tahun, menjelaskan pendapatannya sepanjang tahun lalu kurang daripada RM500,000 hasil daripada persembahan pentas, penjualan album dan nada dering selain pelantikannya sebagai duta Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).

Najwa tidak bimbang sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya selepas berita itu disiarkan kerana ia tidak benar.

Sementara itu, mengulas mengenai AJL 28, Najwa berkata, persiapannya lebih tertumpu kepada persembahan pada malam itu nanti dan tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak.
Kata Najwa, dia hanya mahu berseronok membuat persembahan untuk penonton dan teruja berpeluang bertanding di AJL 28 buat kali kedua. pentas AJL merupakan pentas tahunan untuk semua artis-artis mengeluarkan bakat masing-masing.

“Soal menang atau kalah bukan perhatian saya tetapi lebih kepada persediaan untuk membuat persembahan kerana ingin berseronok pada malam itu nanti,” ujarnya.
Najwa turut memberitahu dia bakal melancarkan dengan single terbaharunya berjudul Hilang awal Februari yang ditulis bersama kakaknya, Syafiqah Latif. 

Sumber – Mstar.com.my

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.