Kisah Peminum Arak Di Turkey - Dua orang lelaki dari Madinah al-Munawarah bercuti ke Turkey untuk rehat dan minum arak. Apabila kedua mereka tiba di Istanbul, mereka check in hotel, petugas di reception meminta alamat bagi tujuan pendaftaran, mereka menjawab;
Selepas masuk kedalam bilik, kedua lelaki ini minum arak, salah seorang dari mereka minum sepuasnya, mabuk tak terhingga, seorang lagi separuh mabuk…. Tepat jam 4pagi bilik mereka diketuk, salah seorang yg tak berapa mabuk dalam keadaan tak larat, membuka pintu lalu didapati seorang lelaki .
Tanpa berlengah lelaki yg separuh mabuk, masuk bilik air mandi dan berwudu lalu turun ke masjid untuk solat dgn pendudk setempat.
Ketika masuk kedalam masjid lelaki itu sangat terkejut, kerana jemaah yg berkumpul untuk solat fajar seperti jemaah solat jumaat. Kedatangan lelaki ini disambut dengan penuh kemulian, jemaah berbaris dan bersalam dgn penuh penghormatan, kerana pemuda ini datang dari Madinah al-Munawarah.
Pemuda itu mengimamkan solat fajar, rakaat pertama dan kedua dibacanya surah al-Ikhlas, kerana itu sahaja yg dihafal. Selesai solat, sekali lagi jemaah salam dan berpeluk dgn pemuda tersebut. Peristiwa ini menjadikan kedua2 mereka bertaubat dari minum arak. Mereka memulakan kehidupan baru, dengan menpelajari agama, menghafal al-Quran. Alhamdulillah, kini kedua mereka menjadi pendakwah yg tersohor. Allah maha berkuasa lagi maha penyanyang.
Maha Kaya Allah swt yg memberi peluang untuk manusia kembali ke pangkal jalan hidayah.
Ruang untuk bertaubat sentiasa dibuka untuk umatnya kembali ke pangkal jalan.
0 comments:
Post a Comment