Monday, January 6, 2014

PELAJAR IPTS CUBA MEMBUNUH DIRI SETELAH DIROGOL





PETALING JAYA –  Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah bangunan pasar di Seksyen 14, di sini, selepas dipercayai dirogol pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun itu dipercayai dirogol di tempat lain sebelum dia mengayuh basikalnya ke lokasi kejadian untuk membunuh diri.

Seorang pegawai keselamatan meronda kawasan tersebut lalu terkejut melihat mangsa berada di tingkat 5 bangunan dipercayai utk membunuh diri. Pelajar terbabit sedang duduk di atas tembok dan bersedia utk terjun

Pegawai keselamatan itu cuba menghalang, namun wanita itu mula menangis sebelum menjerit agar saya tidak mendekatinya,” katanya.

Menurutnya, apabila dia berlari untuk mendapatkan bantuan, dia mendengar bunyi dentuman kuat di tingkat bawah dan ketika itu didapati wanita sama sudah tidak sedarkan diri.

Katanya, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis.

“Wanita yang cedera itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,”

Menurut sumber, berdasarkan pemeriksaan doktor, ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang kemungkinan mengesahkan mangsa telah dirogol

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan berkenaan wanita itu kini berada dalam keadaan stabil. 

– Sumber : Harian Metro

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.