Saturday, January 11, 2014

PANAS! Seorang Pelajar 16 Tahun Kene Cabul.







Pelajar 16 Tahun Kena Cabul - TELUK INTAN : Seorang pelajar tingkatan empat (16 tahun) trauma setelah dicabul seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke sekolahnya di langkap, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang baru keluar dari rumah secara tiba-tiba dipeluk suspek berusia lingkungan 23 tahun itu.

Menurutnya, suspek yang memeluk mangsa dari arah belakang kemudiannya menutup mulut remaja itu menggunakan tangan dan cuba menarik pelajar itu ke dalam rumah.

'Mangsa menjerit meminta pertolongan dan secara kebetulan, jiran magsa yang terlihat kejadian itu segera menyerang lelaki berkenaan. Katanya'

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan di bibir dan mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan sebelum membuat laporan di Balai Polis Langkap.

“Kami sudah mengenal pasti suspek apabila abang lelaki itu sendiri menyerahkannya kepada pihak berkuasa selepas laporan polis dibuat.
“Suspek yang bekerja sebagai juru kimpal itu telah ditahan reman dan dipercayai sudah mengenali mangsa sejak dua tahun lalu.

Pihak polis telah menahan reman suspek selama tiga hari sehingga 10 Januari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang bole membawa hukuman penjara dan sebat. 

Sumber – Informasi Dot My

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.