Thursday, January 9, 2014

PANAS! Nedim mahu atau tidak mahu kahwin dengan Nora Danish?



Memetik dalam laporan sebuah akhbar tempatan hari ini, Nedim mengakui Nora adalah orang yang paling rapat dalam hidupnya ketika ini namun mereka masih belum membuat perbincangan mengenai perkahwinan itu.
“Saya kurang selesa berbicara mengenai perkara ini, kalau boleh saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Namun kerana Nora seorang selebriti, saya faham situasi ini dan apa yang boleh saya katakan setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat dengan saya.

"...kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini," katanya.
Dalam pada itu, Nedim juga berkata perkara mengenai perkahwinan itu diserahkan kepada ALLAH dan jika ianya berlaku akan dikongsikan kepada umum.

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.