Gambar Wartawan Yang Mahu Boikot Linda Onn
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai Linda Onn menghalau media ketika majlis perkahwinannya, baru-baru ini ternyata menjadi perbualan utama di kalangan wartawan hiburan dan editor mereka.
Menerusi akhbar mingguan Bi-Pop hari ini, kebanyakan wartawan hiburan dikatakan mahu memboikot Linda di atas insiden yang dikatan itu.
Menurut artikel itu, Linda ketika mahu mempromosikan restorannya suatu ketika dulu, bukan main menjemput rakan media dan wartawan untuk menghebahkan perkara itu. Tetapi lain pula jadinya apabila berlangsungnya majlis resepsi beliau
Bagi media, itu merupakan kerja mereka untuk mendapatkan bahan berita, di pihak Linda pula mungkin dia menghormati permintaan suaminya, Ungku Azhar Ungku Maznan yang enggan perkahwinan mereka diberikan ‘limelight’.
Sumber – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment