Tuesday, January 7, 2014

MENARIK! Suami Tak Nak Ella Seksi, Galak Berhijab


TERBUKTI bahawa perkahwinan sejak lebih setahun lalu banyak mengubah kehidupan Ratu Rock Malaysia, Ella ke arah yang lebih baik.
Menerusi portal GUA, penyanyi itu berkata suaminya, Azhar Ghazali banyak membimbingnya khususnya dari segi berpakaian.
“Dia tak mahu saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja,” ujar Ella.
Tambahnya lagi, fokusnya juga kini lebih kepada suami, keluarga, kerjaya dan amal jariah sambil mengakui rutinnya sudah berbeza kerana tidak mempunyai banyak masa terluang seperti zaman bujang dulu.
Baguslah kalau begitu. Memang itulah tujuan sebuah perkahwinan. Bukan sekadar menghalalkan hubungan, tetapi turut membawa ke arah jalan yang diredhai-Nya.

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

1 comments:

 
biz.