Monday, January 6, 2014

Lana Nordin dicemuh kerana Keseksiannya

 
BIARPUN sudah tujuh tahun bergelumang dalam dunia seni namun Lana Nordin masih kurang menyerlah kecuali dikenali dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia kerana berpakaian seksi.

 Bagaimanapun penghujung tahun lalu namanya tiba-tiba meledak gara-gara kisah cinta kilat yang tak kesampaian dengan Johan As’ari. Dia dilamar selepas kenal tiga hari dan sebulan kemudian hubungan mereka putus. Lana pun menjadi topik perbualan dalam kalangan khalayak peminat.

 Masih tersisa rasa perit akibat ditinggalkan kekasih namun Lana tidak pernah patah semangat. Malah perihal yang berlaku itu telah menjadikan dia kuat dan lebih matang untuk menempuh liku serta dugaan yang pada masa depan.

 Baginya kisah cinta yang tidak seindah diimpikan itu bukan satu penghalang dalam membina dan mengukuhkan nama dalam bidang seni. Malah Lana juga berazam untuk merubah keadaan serta bertekad untuk menyinar dalam industri ini.

 “Saya mahu buka lembaran baru dan tidak mahu lagi terpalit dan terlibat dalam mana-mana kontroversi atau cerita-cerita pelik selepas ini. Saya akui tahun 2013 bukan tahun saya," tegas Lana.

 Justeru untuk tahun baru ini dia mahu lebih dikenali dalam dunia lakonan. Dia tahu namanya tidak sehebat pelakon-pelakon lain dan terpaksa berkerja keras untuk mengekalkan kedudukan. 

 Untuk itu Lama mahu jadikan 2014 sebagai tahun mencipta nama dan memberi sinar kejayaannya. 
 “Saya tidak mahu lagi dilabel sebagai artis seksi, insya-Allah saya akan berubah perlahan-lahan dan tidak mahu tampil seksi lagi," janji Lana.

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.