Sebuah kiosk dalam sebuah pasar raya terkemuka di Jelutong, Pulau Pinang dilaporkan telah menjual produk daging babi di laluan utamanya.Ianya adalah suatu perkara yang agak jijik kerana laluan utama itu digunakan utk memasarkan produknya.
Perkara ini dianggap satu tindakan tidak sensitif oleh pasar raya berkenaan yang turut mempunyai ramai pelanggan beragama Islam.
Pasaraya yang berhawa dingin itu membawa aroma makanan tersebut terpaksa dihidu oleh pengunjung pasar raya lain tanpa mengira agama, Terutanya agama islam.
Sepatutnya, jualan babi atau produk yang bertentangan dengan agama perlulah mempunyai stesen kawasannya sendiri dan tidak dilakukan secara terbuka sebagaimana amalan kebanyakan premis perniagaan lain di negara ini.
Penyebaran gambar kiosk ini boleh dianggap satu bukti ada antara pengunjung berasa terganggu dengan perlakuan tidak sensitif ini.Pihak bertanggungjawab haruslah mengambil tindakan terhadap pemilik kiosk tersebut agar orang ramai berasa selesa dengan keadaan sekeliling apabila membeli belah.
Sumber – paritbuntarrebels.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment