KUALA LUMPUR : Lelaki yang dikaitkan sebagai kekasih aktres Nora Danish, Mohamed Nedim Nazri atau lebih mesra dengan panggilan Nedim menafikan desas-desus mereka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
Nedim, 31, juga menegaskan, dia dan Nora tidak pernah membincangkan rancangan tersebut.
Anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu menegaskan demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat sempena ulang tahun kelima anak Nora, Putera Rayqal Rizal Ashram di Ampang, Hulu Klang di sini semalam. – Kosmo
0 comments:
Post a Comment