Monday, January 6, 2014

Che Ta, Zain Saidin dan Zakuan Adha bercuti di Singapura


Selepas pulang berbulan madu dari Eropah, Rozita Che Wan dan Zain Saidin sempat lagi bercuti bersama adik beradik termasuk Zakuan dan anaknya Ammar di Singapura. Sambil bercuti, mereka juga membelibelah di Orchard Road serta menyambut tahun baru di sana. 

Ditanya mengenai kehidupan selepas kahwin, jawab Che Ta, "Alhamdulillah kehidupan selepas kahwin, hidup semakin baik dan lebih baik. Semuanya juga baik-baik sahaja sekarang." 

 


"Saya baru sahaja sampai dari Singapura semalam dan akan mula bekerja pada Selasa ini. Saya terlibat dengan penggambaran di bawah Zeel Production untuk telefilem cerekarama di TV3. Masak pun belum sempat untuk Zain," ujarnya dipetik sebagai berkata. 

Bagaimanapun, Che Ta 'speechless' apabila diajukan soal menambah anak bersama Zain. Tambahnya, dia berharap semoga mereka ada rezeki dalam masa 'terdekat'. 


 

"Cuma sekarang, fokus saya lebih kepada butik dan saya mungkin akan ke Bangkok dan Dubai pertengahan bulan ini untuk mencari material bagi koleksi terbaru butik yang akan dilancarkan bulan Mac ini. 

"Saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik, sama ada melibatkan soal rumah tangga dan juga kerjaya," ujarnya penuh semangat. 

 

 

 

 

 

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.