Wednesday, January 8, 2014

MENARIK! Heliza Helmi Terkejut di Kaitkan Dengan Hafiz Hamidun

Hafiz ada berkata dalam sebuah akhbar mengenai lamarannya untuk berkahwin dengan seorang penyanyi yang kini merupakan penceramah bebas menyebabkan ramai yang menyangka bahawa individu yang dimaksudkan ialah HELIZA HELMI.



Heliza yang nyata terkejut apabila dirinya dikaitkan dangan Hafiz memberikan kenyataan kepada wartawan Kosmo,
"Sehingga kini saya masih belum ada menerima sebarang lamaran perkahwinan, termasuk daripada Hafiz. Itu yang membuatkan saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba-tiba dikaitkan pula.

"Saya melihat perkara ini sebagai satu isu yang besar memandangkan saya masih mempunyai ibu dan bapa. Bagi saya, kalau benar hendak melamar seorang wanita itu perlulah ikut syarie (hukum Islam).
Selain itu, Heliza turut memberikan jaminan yang dia tidak akan berahsia dan akan bersikap terbuka sekiranya beliau berkahwin nanti.

"Kalau mengikut hukum agama, perkahwinan itu haruslah dihebahkan kepada orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah. Jadi, saya akan bersikap terbuka mengenainya tetapi ia akan dihebahkan sekiranya saya memang sudah sah akan berkahwin."

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.