Wednesday, January 15, 2014

[HANGAT] Shila Amzah Akan Dijodohkan Oleh Emaknya Sendiri.


Berita Terbaru, menerusi laporan Harian Metro hari ini, ibu kepada penyanyi itu, Fauziah Sarman dikatakan mahu seorang pelakon baru, Aman Nassim mengenali lebih dekat anaknya itu.

Dalam erti kata lain, maknya mahu memadankan Shila dengan pelakon baru itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Aman mengatakan, “kebetulan saya memang rapat dan baik dengannya sebelum ini. Memang kami dalam kelompok kawan yang sama tapi tak ada apa-apa yang serius”.
Gambar Rahman Nassim

“Saya dan keluarganya pun memang baik dan kami selalu makan bersama kalau ada kesempatan. Mungkin sebab ibunya senang dengan saya, dia suruh saya kenal lebih rapat dengan Shila,” ujarnya.
Aman atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Nassim, 25, mengatakan buat masa ini dia memang berkawan dengan Shila namun tiada sebarang ikatan istimewa yang terjalin antara mereka.


Sumber – MyNewsHub

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

Post a Comment

 
biz.